Tuesday, December 16, 2008

Peliharalah Kucing Untuk Manafaat Jiran-jiran Anda


Kucing adalah haiwan peliharaan yang popular di kalangan manusia yang mempunyai minat pada binatang peliharaan (pet). Bagi kalangan orang melayu memang kucinglah yang menjadi pilihan kerana untuk memelihara anjing agak susah sikit. Ada juga yang memilih untuk memelihara babi sebagai hobi terutama di eropah. Tetapi bagi kita masyarakat Melayu memadailah dengan memelihara kucinggggg.
Cerita mengenai kucing ni agak panas di beberapa buah rumah di KTC 3 sejak kebelakangan ni. Ini kerana orang lain yang memelihara kucing tetapi orang lain yang mendapat manafaatnya. Manafaat yang diterima itu memang tiada tolok bandingnya, ia berupa kek dan kadang-kadang berupa keropok leko pun ada. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan kucing2 ni melepaskan geram mereka adalah seperti di dalam pasu bunga, kasut, depan pintu, bawah rak kasut dan tak cukup dengan berak kadang-kadang kucing -kucing ini melepaskan kencing mereka yang semerbak harumnya di depan pintu dan kasut.
Sebenarnya rasa terima kasih haruslah diberikan pada mereka yang perhatin memelihara kucing ini kerana membantu jiran-jiran mereka mendapat aroma terapi percuma di kawasan laman rumah. Di samping itu ia juga secara tak langsung boleh memberi diet tanpa senaman dimana ada sesetengah jiran yang akan memuntahkan kembali makanan yang dimakan apabila terbau aroma terapi tersebut. Ini secara tak langsung dapat menjaga kesihatan dan dapat mengelak dari berlakunya obesiti.
Apa yang diharapkan pada mereka yang suka memelihara kucing ini supaya memelihara dengan lebih banyak lagi kucing dan kalau mampu cubalah dengan binatang-binatang yang lain pula seperti kerbau, beruk, kura-kura, babi hutan, beruang koala, gajah, tenuk dan lepas tu biarkan supaya ia merayau-rayau ke rumah jiran-jiran supaya jiran tersebut mendapat lebih manafaatnya.
Sekian sahaja cerita saya pada hari ini, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.