Thursday, August 28, 2008

True facts about Malaysia


Vietnamese come
....dogs and cats missing
Bangladeshi's come..... malay girls missing
Chinese girls come..... husband missing
Politicians come..... Mongolian girl missing
Police come..... drug missing
Elections come..... government funds missing
Election lost..... documents missing
Release true report..... doctor missing
Telling the truth.....the entire family missing

"SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 51"

Tuesday, August 26, 2008

One Moment ....Please

The Moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co - Operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension

- Bill Gates


Tips Kejutkan Orang Bersahur

Dibawah ini ada tips-tips menarik untuk anda cuba:-)
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect…
1. Jerit nama dia kuat kuat...
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. Jerit………Api! Api! Api!
7. Letak KFC ke, Mc-D ke takpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit

Tapi kalau still tak ada effect jugak…
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

TAPI… kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir…
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana Allah lebih menyayanginya


Sunday, August 24, 2008

warga bangkupanjang.blogspot.com





Antara warga bangkupanjang.blogspot.com

Thursday, August 21, 2008

Renungkanlah...............

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak
polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda...saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai
terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...

Lihatlah ibu anda....Hmm...kulitnya mulai kerepot dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami,Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,

Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.

Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah..

Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Rasailah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

Renungkanlah sejenak....Renung2kan...Selamat Beramal...

Benarkah Wanita itu sensitif, Lelaki ego


LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan.
Intim
berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara.
Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya. Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan
dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam.
Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya. Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

Petua Kebahagiaan Suami Isteri

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sen siti f. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.

Haram Meminta Sedekah Tanpa Hajat Darurat

REZEKI adalah anugerah atau kurniaan Allah kepada setiap hamba-Nya. Oleh itu, kita tidak perlu berasa khuatir atau bimbang jika kekurangan atau ketiadaan rezeki kerana Allah sudah menentukan rezeki masing-masing.

Allah berfirman yang bermaksud, dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).・(Surah Hud, ayat 6)

Sehubungan itu, walaupun Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing, janganlah pula kita menyalahertikan maksud ayat itu dengan hanya berdiam diri dan mengharapkan pertolongan orang lain tanpa berusaha atau bekerja mencari rezeki.

Allah berfirman yang bermaksud, kemudian selepas selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).(Surah al-Jumuah, ayat 10)

Perlu diingat bahawa dalam konteks mencari rezeki di muka bumi ini, kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki. Akan tetapi, janganlah mudah mengeluh dan berputus asa jika selepas berusaha dan bertawakal kepada Allah, masih gagal dan tidak memperoleh hasil daripada usaha atau hasilnya tidak seperti diharapkan.

Kita tidak perlu kecewa dan berputus asa kerana yang demikian itu sudah ditetapkan Allah, tetapi teruskanlah berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh kerana setiap ketentuan yang Allah itu ada hikmahnya.

Allah berfirman yang bermaksud, dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana), akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia mengetahui dengan mendalam
akan segala keadaan hamba-Nya lagi melihat dengan nyata.・(Surah al-Syura, ayat 27)

Walaupun seseorang itu ditakdirkan Allah dalam keadaan miskin atau fakir, tetapi Islam melarang umatnya untuk berserah kepada takdir semata-mata, bahkan memerintahkan umatnya supaya berusaha mencari rezeki. Ia bererti Islam melarang umatnya meminta-minta.

Adapun perbuatan meminta-minta tanpa hajat darurat yang dibolehkan Islam hukumnya adalah haram. Walau bagaimanapun, hukumnya menjadi harus jika dalam keadaan terpaksa dan darurat seperti seseorang yang sangat lapar kerana bimbang jika tidak mendapat makanan dengan segera, mungkin dia akan jatuh sakit atau mati.

Begitu juga orang yang tidak mempunyai sebarang pakaian untuk menutup auratnya. Keadaan seumpama ini mengharuskan seseorang itu meminta daripada orang lain. Namun, keharusan itu hanya terbatas kepada si peminta yang tidak berkuasa membuat sesuatu pekerjaan menyara hidupnya. Dia berupaya untuk bekerja tetapi bersikap malas, maka, pada ketika itu tidaklah harus meminta daripada orang lain.

Agak mendukacitakan apabila akhir-akhir ini perbuatan meminta-minta semakin berleluasa di negara ini. Lebih menyedihkan lagi apabila kegiatan meminta-minta itu dilakukan kanak-kanak yang diperalatkan pihak tertentu. Selain itu, ada juga segelintir kalangan ibu bapa yang memperalatkan anak untuk meraih simpati orang ramai kerana ada sebilangan orang mudah menghulurkan wang kepada kanak-kanak.

Oleh itu, besar kemungkinan peluang sebegini mendorong ibu bapa menggunakan kanak-kanak terutama masih kecil melakukan kegiatan berkenaan. Oleh demikian, adalah diingatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terperangkap dengan taktik digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab di dalam memperalatkan kanak-kanak untuk meminta-minta.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya beriman miskin yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai.・(Riwayat Ibnu Majah)

Cuba perhatikan betapa orang yang nyata kemiskinannya dan kefakirannya pun dilarang meminta-minta, apatah lagi orang yang berkemampuan. Seorang Islam hendaklah sentiasa bersyukur dan reda di atas rezeki dikurniakan Allah kepadanya. Allah melarang hamba-Nya bersifat tamak apatah lagi terhadap harta benda orang lain.

Umat Islam bermaruah tinggi dan berakhlak mulia hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan meminta-minta. Sesungguhnya perbuatan meminta-minta tanpa sebab yang mengharuskannya itu mencerminkan seorang yang kurang memiliki akhlak mulia.

Hendaklah kita menjaga maruah diri dengan bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki Allah.

Bersama berdoa mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kepada kita.

Kurma Israel






Salam,

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

Maksiat & Jenayah


Sejak kebelakangan ini, aktiviti maksiat dan jenayah semakin berleluasa dikawasan perumahan KTC3 dan KTC4. Kejadian terbaru melibatkan seorang ibu dan anak perempuan yang diragut ketika menunggang motosikal di persimpangan jalan KTC3 menuju kearah perumahan KTC4. Suspek dipercayai menyewa di kawasan perumahan KTC4 dan sedang dalam permerhatian pihak polis.

Oleh yang demikian, untuk membendung kejadian yang sedemikian, warga bangkupanjang.blotspot.com mungkin akan mengambil beberapa tindakan seperti yang tertera didalam video klip yang dilampirkan sebelum diserahkan kepada pihak berwajib.

Begitu juga dengan aktiviti khalwat, dimana dalam masa 2 minggu lepas, 2 pasangan ditahan ketika berada di dalam rumah dan didalam kereta dimana mereka ini dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (Pencegah maksiat). Pasangan aktif adalah para penyewa warga kilang dan swasta serta para pelajar kolej berdekatan.

bangkupanjang.blotspot.com suka mengingatkan pasangan yang bercinta dan berkasih, kalau nak buat maksiat dikawasan perumahan KTC3 ini, fikirlah sehabis mungkin. Suka diingatkan kepada semua yang terlibat dan bakal terlibat dalam aktiviti tersebut, kawasan KTC3 dan sekitarnya adalah 'TAK CLEAR'. Andainya kalian melakukan aktiviti sedemikian di kawasan kampung, alamatnya kalian berdua ada potensi tinggi untuk ' makan penampar' ketua kampung dan orang-orang kampung.

Oleh yang demikian, sekiranya ada pasangan yang 'di tangkap basah' dikawasan KTC3 dan kawasan sekitarnya selepas ini, Insyaallah...peluang untuk mereka mendapat 'habuan' yang sama adalah tinggi.

Wednesday, August 20, 2008

Jejak Misteri

n

Penemuan kesan tapak kaki misteri dipercayai harimau kumbang ditemui berdekatan bangku panjang petang semalam. Ini adalah penemuan kedua selepas penemuan pertama kira-kira 2 bulan yang lalu berdekatan dengan kediaman penduduk.
Dari kesan-kesan yang terdapat di kawasan sekitar, harimau kumbang tersebut dipercayai sedang mengejar babi hutan berdasarkan kesan tapak kaki babi hutan yang bertaburan di kawasan yang sama.
Beberapa ketika dahulu, seorang hamba Allah telah melihat sepasang haiwan dipercayai harimau kumbang berdekatan dengan kolam tinggal berdekatan.
Sebagai peringatan, terutama kepada para joggers, mountain bikers dan motorcyclist, diharap agar berhati-hati terutamanya apabila bersendirian di kawasan tersebut.

Friday, August 15, 2008

"Bangku Keramat"


Wajah sebenar "Bangku Keramat" yang menjadi ingauan di KTC3.

Wednesday, August 13, 2008

Bangku Panjang pernah diziarahi makhluk asing

Assalamualaikum,
Untuk kali yang keduanya kita bertemu lagi di ruangan blog Bangku Panjang.Kali ini agak menarik sedikit kerana disajikan dengan berita yang agak menggemparkan di mana Bangku Panjang bukan sahaja didatangi oleh peminatnya malah makhluk asing juga turut sama mencuri peluang untuk datang melepaskan gian dekat Bangku Panjang yang keramat itu.
Makhluk asing ini telah datang lebih kurang sebulan yang lepas iaitu sebelum blog ini diwujudkan lagi, dan ada beberapa orang yang berkesempatan menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri dan orang yang bertuah itu termasuklah saya sendiri.
Saya sempat merakamkan video makhluk asing tersebut dan terpulanglah kepada anda untuk mempercayai tentang kewujudannya.

Jika anda masih tidak percaya setelah menyaksikan video ini cubalah cubit atau luku kepala anda sendiri atau kepala kekawan anda insyaallah anda akan tahu dari mana datangnya makhluk asing tersebut.

Sekian.

Monday, August 11, 2008

Jom lepak kat bangku panjang

Assalamualaikum,


Setelah beberapa bulan bangku panjang hasil idea Roslan dan dibina secara gotong-royong oleh beberapa orang kawan-kawan dari KTC 3 kini telah memberikan pulangan yang berbaloi di mana boleh dikatakan setiap malam bangku panjang tersebut sentiasa mendapat kunjungan.
Tujuan saya menulis blog ini bukan untuk menghentam kerajaan seperti Raja Petra tetapi sebenarnya adalah untuk mengajak kekawan supaya berkongsi pendapat untuk menguatkan lagi silaturRAHIM di KTC ini.
Dengan adanya blog ini insyaallah segala aktiviti dan berita dapat kita kongsi bersama, ditambah pula adanya bangku panjang yang amat keramat itu menambahkan lagi semangat kejiranan.
Insyaallah lepas ini blog KTC ini akan disulami dengan gambar-gambar dan movie yang akan menceriakan lagi suasana.

Sekian dulu,