

Penemuan kesan tapak kaki misteri dipercayai harimau kumbang ditemui berdekatan bangku panjang petang semalam. Ini adalah penemuan kedua selepas penemuan pertama kira-kira 2 bulan yang lalu berdekatan dengan kediaman penduduk.
Dari kesan-kesan yang terdapat di kawasan sekitar, harimau kumbang tersebut dipercayai sedang mengejar babi hutan berdasarkan kesan tapak kaki babi hutan yang bertaburan di kawasan yang sama.
Beberapa ketika dahulu, seorang hamba Allah telah melihat sepasang haiwan dipercayai harimau kumbang berdekatan dengan kolam tinggal berdekatan.
Sebagai peringatan, terutama kepada para joggers, mountain bikers dan motorcyclist, diharap agar berhati-hati terutamanya apabila bersendirian di kawasan tersebut.

No comments:
Post a Comment