Thursday, August 21, 2008
Maksiat & Jenayah
Sejak kebelakangan ini, aktiviti maksiat dan jenayah semakin berleluasa dikawasan perumahan KTC3 dan KTC4. Kejadian terbaru melibatkan seorang ibu dan anak perempuan yang diragut ketika menunggang motosikal di persimpangan jalan KTC3 menuju kearah perumahan KTC4. Suspek dipercayai menyewa di kawasan perumahan KTC4 dan sedang dalam permerhatian pihak polis.
Oleh yang demikian, untuk membendung kejadian yang sedemikian, warga bangkupanjang.blotspot.com mungkin akan mengambil beberapa tindakan seperti yang tertera didalam video klip yang dilampirkan sebelum diserahkan kepada pihak berwajib.
Begitu juga dengan aktiviti khalwat, dimana dalam masa 2 minggu lepas, 2 pasangan ditahan ketika berada di dalam rumah dan didalam kereta dimana mereka ini dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (Pencegah maksiat). Pasangan aktif adalah para penyewa warga kilang dan swasta serta para pelajar kolej berdekatan.
bangkupanjang.blotspot.com suka mengingatkan pasangan yang bercinta dan berkasih, kalau nak buat maksiat dikawasan perumahan KTC3 ini, fikirlah sehabis mungkin. Suka diingatkan kepada semua yang terlibat dan bakal terlibat dalam aktiviti tersebut, kawasan KTC3 dan sekitarnya adalah 'TAK CLEAR'. Andainya kalian melakukan aktiviti sedemikian di kawasan kampung, alamatnya kalian berdua ada potensi tinggi untuk ' makan penampar' ketua kampung dan orang-orang kampung.
Oleh yang demikian, sekiranya ada pasangan yang 'di tangkap basah' dikawasan KTC3 dan kawasan sekitarnya selepas ini, Insyaallah...peluang untuk mereka mendapat 'habuan' yang sama adalah tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
padan muka dia, baru dia tau langit tinggi kaaaaa rendah kaaaa. itu tok wan tak mai lagi tu. kalau tok wan mai mau kena penampaq jepun kot.
Post a Comment