Untuk kali yang keduanya kita bertemu lagi di ruangan blog Bangku Panjang.Kali ini agak menarik sedikit kerana disajikan dengan berita yang agak menggemparkan di mana Bangku Panjang bukan sahaja didatangi oleh peminatnya malah makhluk asing juga turut sama mencuri peluang untuk datang melepaskan gian dekat Bangku Panjang yang keramat itu.
Makhluk asing ini telah datang lebih kurang sebulan yang lepas iaitu sebelum blog ini diwujudkan lagi, dan ada beberapa orang yang berkesempatan menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri dan orang yang bertuah itu termasuklah saya sendiri.
Saya sempat merakamkan video makhluk asing tersebut dan terpulanglah kepada anda untuk mempercayai tentang kewujudannya.
Jika anda masih tidak percaya setelah menyaksikan video ini cubalah cubit atau luku kepala anda sendiri atau kepala kekawan anda insyaallah anda akan tahu dari mana datangnya makhluk asing tersebut.
Sekian.

1 comment:
Salam...
Mie,
Aku dah sent few pictures kat email hang utk hang publish dlm blog ni.
Regards.
Post a Comment