Assalamualaikum,
Setelah beberapa bulan bangku panjang hasil idea Roslan dan dibina secara gotong-royong oleh beberapa orang kawan-kawan dari KTC 3 kini telah memberikan pulangan yang berbaloi di mana boleh dikatakan setiap malam bangku panjang tersebut sentiasa mendapat kunjungan.
Tujuan saya menulis blog ini bukan untuk menghentam kerajaan seperti Raja Petra tetapi sebenarnya adalah untuk mengajak kekawan supaya berkongsi pendapat untuk menguatkan lagi silaturRAHIM di KTC ini.
Dengan adanya blog ini insyaallah segala aktiviti dan berita dapat kita kongsi bersama, ditambah pula adanya bangku panjang yang amat keramat itu menambahkan lagi semangat kejiranan.
Insyaallah lepas ini blog KTC ini akan disulami dengan gambar-gambar dan movie yang akan menceriakan lagi suasana.
Sekian dulu,
Monday, August 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 comments:
Assalamualaikum para Sahabat...
Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat sehingga wujudnya bangkupanjang.blogspot.com ni. Dengan adanya blog ni...diharap kita boleh gunakan sebagai medium untuk mengeratkan lagi hubungan kejiranan yang sedia ada antara kita...
Tahniah sekali lagi...
Tuan moderator...
Lepas ni kena letak gambaq activity...Jurufoto takdak hal...Kamiri buleh kot...
assalamualaikum sume,
kite dah jadi blogger macam raja petra, bab gambar tu kite kene kumpoi ramai2 baru meriah...
assalamualaikum... pergghhh... tahniah kepada tuan moderator dan kawan2 semua yang menjayakan blog ini dan tak lupa juga kepada semua team members yang telah bertungkus lumus menwujudkan bangku panjang atau pelenggaq yang nyata terserlah menjadi tempat paling happenning di Kulim hi tech... haha boleh sawan wooaaa haha.. :)
You guys have made it happenned!! Kudos!!
-rumah depan pelenggaq-
Salam,
Tahniah dan teruskan usaha untuk menghidupkan bangkupanjang. Ingat lepas ni kita kena adakan kelab paip, shisha, mountain bike dan boleh banyak2 post dalam blog ni...
tahniah
Post a Comment